Ciri-ciri baru SimCity_4:_Rush_Hour

U-Drive-It

Sebuah kereta api wap dipandu oleh pemain menggunakan U-Drive-It.

U-Drive-It ialah satu tambahan baru untuk Rush Hour, satu cara yang mana pemain boleh mengawal kereta, kapal terbang, dan pelbagai kenderaan lain serta memandu mereka sekitar bandar raya. Terdapat dua cara memandu: Scenario Mode, yang mana pemain mempunyai satu masa yang terhad untuk memenangi wang atau hadiah-hadiah, atau Free Drive, yang membenarkan pemain memandu secara bebas.

Jalan raya dan lebuh raya

Sebuah tampilan menayangkan beberapa contoh ciri-ciri baru dalam SimCity 4: Rush Hour.

Tambahan terbaru pada seksyen jalan ialah jalan sehala dan lebuh. Jalan sehala adalah bersaiz sama seperti jalan-jalan biasa, hanya ia boleh diregangkan dalam satu arah, manakala lebuh ialah jalan berkembar yang sama saiz dengan lebuh raya, dengan pokok-pokok renik di tengah jalur (ditakrifkan oleh kekayaan bangunan-bangunan di jalan itu). Lebuh telah ada dalam pendahulu SimCity 4, SimCity 3000, tetapi bukan dalam SimCity 4 yang asal.